m4
Modul 5 iUpgrade
November 17, 2015
Modul PLKN
November 17, 2015
Show all

Kenyataan Media

m6

 KENYATAAN MEDIA

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Pertahanan Malaysia

Transformasi PLKN

Kuala Lumpur, 13 September 2015

Kementerian Pertahanan sedang giat melaksanakan Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan dibantu Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Transformasi besar-besaran ini dilaksanakan bagi memastikan PLKN terus relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mendatangkan kesan yang bermakna kepada pembangunan negara, terutama setelah 10 tahun penubuhannya yang sehingga kini telah berjaya melatih lebih 800,000 remaja.

Hasil daripada Makmal Transformasi PLKN yang berlangsung pada Februari dan Mac lalu, kita telah mengenal pasti enam aspek yang perlu diberi tumpuan menjelang pengenalan PLKN berwajah baru pada Januari 2016. Enam aspek ini ialah:

Modul

– Dijalankan dalam 2 fasa iaitu Fasa 1 (Integrated Learning Program) dan Fasa 2 (Hard Skill Training).

– Fasa 1 akan dilaksanakan selama 8 minggu manakala Fasa 2 adalah selama 3 bulan minimum  sehingga 24 bulan maksimum.

Kemasukan Pelatih

– Pengambilan secara sukarela (dilaksanakan secara berperingkat, pelaksanaan sepenuhnya pada 2019).

– Kekerapan pengambilan pelatih adalah sebanyak 4 kali setahun.

Jurulatih

– Perlantikan adalah secara tetap, dimana para jurulatih dapat membina karier sehingga ke gred 41 sebagai Pegawai Kesatria.

Kemudahan Kem

– Pelaksanaan Garis Panduan Minima (SOC) 2008 pindaan 2013 kepada 82 buah kem bagi memastikan kualiti prasarana dan sajian yang disediakan.

Alumni PLKN

– Mewujudkan badan tunggal dan induk untuk mengelola dan mengurus aktiviti alumni PLKN.

Pelan Komunikasi Media

– Mengoptimumkan penggunaan media perdana dan media social bagi mendekati 3 kelompok sasaran iaitu ibu bapa, belia dan majikan berpotensi.

Demi memastikan kesemua enam aspek di atas dapat dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan melaksanakan Projek Perintis selama dua bulan bermula 19 Oktober sehingga 19 Disember ini.

Tujuan pelaksanaan projek perintis ini adalah bagi menguji keberkesanan modul-modul baharu yang akan diperkenalkan seperti Fit4Life, MalaysiaKu, Tech & Talk dan iUpgrade serta pelaksanaan latihan kemahiran oleh KBS di institut-Institut kemahiran yang telah dikenal pasti.

Projek perintis ini akan dilaksanakan di Kem Princess Haliza, Selangor, dan akan melibatkan penyertaan seramai 400 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Signifikan pengambilan pelatih PLKN berwajah baru pada kali ini ialah pihak Kementerian Pertahanan melalui JLKN menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengenal pasti calon-calon pelatih terdiri daripada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Oleh demikian, PLKN memberikan mereka peluang kedua untuk melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Latihan Kemahiran selepas tamat sesi latihan PLKN.

Selain itu, sebuah Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) di antara Kementerian Pertahanan dan KBS juga turut diwujudkan dengan penyertaan agensi-agensi kerajaan, tenaga pakar profesional serta pihak industri bagi memastikan pelaksanaan transformasi berada di landasan yang tepat. Adalah diharapkan agar projek perintis ini dapat menjadi panduan dan medan pembetulan bagi merencana pengambilan dan pelancaran sepenuhnya pada tahun 2016.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

 

Tarikh: 14 September 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *