m2
Modul 3 & 4 Malaysiaku & Be Safe, Be Alert
November 17, 2015
m6
Kenyataan Media
November 17, 2015
Show all

Modul 5 iUpgrade

m4

Modul Khidmat Komuniti

Modul Khidmat Komuniti adalah sebuah modul yang dilaksanakan bagi membentuk semangat kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu dalam diri setiap pelatih dan seterusnya dapat menyuburkan kekuatan serta meningkatkan tahap keyakinan diri. Modul Khidmat Komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu Kemudahan Awam, Kejiranan, Khidmat Sosial, Alam Sekitar dan Penempatan/Lawatan ke Jabatan/Agensi. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti. Melalui komponen-komponen yang dinyatakan, pelatih akan didedahkan pengalaman aktiviti gotong royong seperti mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampung, terlibat dengan program anak angkat dan pelbagai lagi. Selain dari itu, pelatih juga akan diberi kesedaran bersama masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya. Lawatan kebeberapa agensi seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, Hospital, Klinik Desa juga akan dilakukan bagi memberi pendedahan kepada pelatih terhadap peranan dan fungsi agensi berkenaan.

Comments are closed.