PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar kami sentiasa bergerak ke arah matlamat tersebut, maka kami berjanji;

Memberi keyakinan kepada ibubapa pelatih bahawa program yang dilaksanakan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Bersedia membantu ibubapa pelatih dalam menangani sebarang masalah yang timbul berhubung dengan masalah pelatih dalam masa 48 jam.

Mengutamakan kebajikan pelatih sentiasa dititikberatkan disepanjang program dijalankan.

Menguruskan pelaksanaan latihan dan pentadbiran dengan cekap dan berkesan.

Bersedia memberi maklumbalas dengan ibu pejabat berhubung dengan pelaksanaan program dan pengurusan kem dalam jangka masa notis 24 jam.

Sedia menjalinkan hubungan yang akrab dengan agensi tempatan untuk kelancaran dan penambahbaikan Program Latihan Khidmat Negara.