Tuntas Consultancy Sdn Bhd dan Kem PLKN Jugra

PENGENALAN

Tuntas Consultancy Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2007 apabila diberi kontrak sebagai Pemilik dan Pengurus Kem PLKN Jugra oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Terletak di Kawasan Kampung Sungai Raba, lebihkurang 15km dari Pekan Banting.
Nama asalnya ialah Kem Gelanggang Buaya (KGB) iaitu sebuah kem motivasi di atas sebidang tanah seluas 27.4 ekar.

Pada awal tahun 2007, kem ini telah melalui proses renovasi dan naiktaraf mengikut SOC sebagai Kem PLKN Jugra, Banting dan merupakan sebuah Kem Latihan Khidmat Negara.
Mula menerima pelatih dari tarikh 18 Mac 2007.